Ciri fizikal Uranus

Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais".

Atmosfera

Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih hidrokarbon. Secara khusus, atmosfera Uranus terdiri daripada kira-kira 83% hidrogen, 15% helium dan 2% metana.[3] Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C). Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan batu.

Secara umumnya, atmosfera Uranus boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:[4]

  • troposfera pada altitud −300 ke 50 km dan tekanan dari 100 ke 0.1 bar (10 MPa to 10 kPa);
  • stratosfera pada altitud 50 ke 4,000 km dan tekanan dari 0.1 ke10−10 bar (10 kPa to 10 µPa);
  • termosfera pada altitud melebihi 4,000 km.

Atmosfera Uranus tidak memiliki mesosfera.

Kecondongan paksi

Salah satu ciri Uranus ialah paksi putaran Uranus yang ekstrem, yakni 97.77°, selari dengan ekliptik. Satu putaran paksi Uranus mengambil masa 84 tahun yang bermakna kutub Uranus mengalami 42 tahun siang dan diikuti dengan 42 tahun malam.[5]

Pelbagai teori telah dikemukakan tentang cara Uranus mendapat kecondongan paksi seperti teori perlanggaran Uranus dengan suatu objek angkasa gergasi ketika proses pembentukan Matahari serta kewujudan bulan gergasi pada zaman dahulu yang mempengaruhi paksi Uranus melalui daya tarikannya.[6][7] Malahan, kajian simulator menunjukkan bahawa Uranus perlu dilanggar oleh planet bersaiz Bumi sebanyak dua kali untuk mendapatkan kecondongan paksi sebegitu.[8]

Rujukan

WikiPedia: Uranus http://www.newscientist.com/article/dn18239-large-... http://adsabs.harvard.edu/abs/1993ARA&A..31..217L http://adsabs.harvard.edu/abs/2005AJ....129..518S http://www.lpi.usra.edu/opag/march_08_meeting/pres... http://www.news.wisc.edu/releases/12826.html http://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/ura... http://ads.nao.ac.jp/abs/2010ApJ...712L..44B http://www.astroarts.co.jp/news/2011/10/12uranus/i... //arxiv.org/abs/astro-ph/0410059 //doi.org/10.1007%2F978-1-4020-5544-7_18